Bahagia Cara Sendiri : Saya juga mencari rezeki sebagai food consultant di Kuala Lumpur
Assalammualaikum wbt
Alhamdulilah , jangan lupa titip rasa syukur kepada Allah setiap pagi sebelum memulakan urusan harian.
Setiap cabaran baru dalam hidup kita perlu hadapi sebaik mungkin mengikut kemampuan diri , InshaAllah anda akan mampu juga hadapi kerana setiap insan Allah uji dengan kesesuaian kemampuannya.
Saya cuba berkongsi sedikit demi sedikit aktiviti dan apa yang saya usahakan semenjak saya wujudkan MGJ CONSULTANCY yang berpangkalan di Ampang.
Semoga menjadi semangat untuk diri saya sendiri dan Team MGJ yang saya sayangi begitu juga untuk tatapan umum .
Jika anda berminat membuat produk berasaskan makanan atau memperkasakan lagi produk anda sedia ada atau buka restoran , buka kiosk , buka central kitchen , buat ramadhan buffet , uruskan dapur hotel anda , uruskan production pengeluaran kilang sama ada skala kecil , sederhana mahupun kilang pada kapasiti yang besar boleh sahaja mendapatkan perkhidmatan dari saya.
InshaAllah mudah mesra berurusan dengan Saya juga Team MGJ .
Dibawah ini sedikit coretan saya....Waallahuallam
FOOD CONSULTANT DI KUALA LUMPUR : MGJ CONSULTANCY
Mencipta Menu Khas Menggunakan Ikan Tuna Tempatan Untuk Deligasi Food Testing Dari Luar Negara
No comments:
Post a Comment